NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JDT ‘ikat’ Lowry dua tahun lagi

ISKANDAR PUTERI – Prestasi cemerlang Shane Lowry yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak Mei lalu dilanjutkan dua tahun lagi selepas pemain kelahiran Australia itu berjaya ‘memikat’ hati pihak pengurusan juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu.

Lowry, 31, yang menyertainya JDT secara percuma berjaya membuktikan kemampuan sebagai tonggak pertahanan tengah yang ampuh apabila membantu Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali kelapan musim ini.

Lowry mengaku berasa sangat bertuah untuk kekal bersama JDT dan bertekad untuk melakar lebih banyak kejayaan bersama pasukan termasuk Piala Malaysia yang sedang berlangsung ketika ini.

“Ketika JDT menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya, saya tidak berfikir dua kali kerana ia adalah sebuah pasukan bola sepak yang cukup lengkap dan istimewa. Lebih-lebihnya pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sangat profesional dalam menguruskan pasukan pada tahap yang tinggi.

“Saya gembira dapat menyambung kontrak untuk terus bersama JDT dan berhasrat untuk membina masa depan di sini. Ini juga membuktikan kerja keras saya selama ini bersama pasukan membuahkan hasil,” katanya selepas menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun, sekali gus memperbaharui kontrak enam bulan yang hampir tamat.

Lowry menyertai JDT secara percuma pada Mei lalu dari kelab terdahulunya, Al-Ahly dan merupakan watak penting bagi pasukan ketika bertanding dalam kejohanan Liga Juara-juara Asia (ACL) yang lalu.

Dalam pada itu, pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, Lowry yang bagus dari aspek teknikal dan taktikal itu adalah pelengkap buat pasukan JDT yang membantu memperkukuhkan benteng pertahanan pasukan.

“Dia bukan sahaja pemain yang hebat, malah fizikal dan mentalitinya amat bagus. Jadi, kami amat memerlukan pemain seperti in dalam pasukan dan sayang untuk dilepaskan.

“Bagi saya, ini adalah pilihan yang baik oleh pihak pengurusan dengan membawanya ke kelab ini. Ketika kami memerlukan khidmatnya dalam ACL, dia berupaya menjalankan tugas dengan baik, Sebagai ketua jurulatih, saya gembira dengan keputusan ini,” katanya.

– BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo