NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Kadar kebolehjangkitan naik kepada 0.88


Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian di negara ini mencatatkan peningkatan kepada 0.88, berbanding nilai 0.87 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi infografik dikongsi beliau di Twitter menunjukkan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan Rt tertinggi iaitu masing-masing 1.00.

Beberapa negeri lain juga mencatat Rt melebihi nilai purata iaitu Putrajaya dan Melaka (masing-masing 0.97), Selangor (0.95), Sabah (0.92), dan Kedah (0.90).

Lapan negeri mencatatkan tahap Rt pada dan di bawah 0.88 iaitu Johor (0.88), Terengganu dan Kelantan (masing-masing 0.86), Pulau Pinang (0.83), Pahang (0.82), manakala Perlis, Sarawak dan Perak masing-masing mencatatkan angka 0.81.

Sementara itu, Labuan hanya mempunyai tujuh kes baharu.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,666 jangkitan Covid-19 semalam.

Jumlah jangkitan kini adalah 2,431,716 dengan 75,947 kes aktif. Daripada jumlah itu, 303 sedang menerima rawatan intensif dan 300 memerlukan bantuan pernafasan.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo