NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ADUN Sindumin keluar Warisan, sokong kerajaan


KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob difahamkan keluar meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Menurut pegawai media, Mazlan Sanoh, Yusof yang juga Ketua Penerangan Warisan mengambil keputusan itu dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan.

Mazlan berkata, beliau dijangka akan mengumumkan secara rasmi pada minggu hadapan mengenai perkara itu.

"Ya, tadi (keluar parti). Minggu hadapan beliau akan umum," katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian, pada malam Sabtu.

Menurut Mazlan lagi, Yusof mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya.

"Datuk mahu bantu orang di kawasannya saja. Jadi, baik beliau jadi bebas dan sokong kerajaan yang ada.

"Sekurang-kurangnya beliau boleh bersuara," katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Yusof mewakili Warisan berjaya menewaskan lima calon lain dengan jumlah undi sebanyak 5,415.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Warisan Sipitang adalah antara pemimpin terawal dalam parti itu

Sumber | SH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo