Responsive Ad Slot

Vaksinasi kanak-kanak dan remaja bermula minggu depan




PUTRAJAYA - Kerajaan akan memulakan vaksinasi Covid-19 terhadap golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini pada minggu hadapan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, program imunisasi terhadap golongan itu akan dimulakan di Sarawak berikutan negeri itu telah mencapai nilai ambang vaksinasi melebihi 80 peratus populasi yang telah lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.


Sasaran akan diumumkan berdasarkan bekalan vaksin, katanya dalam temu bual bersama media berhubung petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari KKM di sini pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, KKM menyasarkan seramai mungkin golongan itu menerima vaksinasi sebelum awal persekolahan tahun hadapan.

Harapan saya dalam tempoh 100 hari agar seramai mungkin remaja kita menerima vaksin supaya persekolahan awal tahun telah lengkap suntikan, jelas beliau.

Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap golongan itu dibuka menerusi aplikasi MySejahtera sejak 21 Julai lalu.

Mereka yang layak menerima vaksin bagaimanapun perlu mendapat mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum diberikan suntikan tersebut.

Satu pekeliling bertarikh 12 Ogos 2021 dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula 15 September depan dengan memberi keutamaan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Beberapa negara sudah memulakan langkah menvaksinkan golongan remaja dengan Kanada menjadi negara pertama di dunia membenarkan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNtech terhadap kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/159605


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo