NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beng Hee dilantik ketua jurulatih skuasy AS


Kuala Lumpur: Kemampuan atlet negara terus mendapat perhatian dunia apabila bekas pemain skuasy kebangsaan negara, Ong Beng Hee dilantik menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

Beng Hee yang juga pemenang dua pingat emas Sukan Asia dan pernah menghuni ranking ketujuh terbaik dunia sebelum dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan dan ketua jurulatih skuad Qatar pada 2017.

Beliau yang kini berusia 41 tahun akan menggantikan bekas jurulatih AS, Pail Assaiante di pusat Skuasy AS Arlen Specter di Philadelphia.

"Saya sangat bangga dan gembira diberi peluang menjadi ketua jurulatih untuk skuad kebangsaan AS.

"Ini adalah pencapaian terbesar saya sebagai jurulatih untuk memimpin program yang disokong dengan kemudahan yang hebat. Menjadi jurulatih di Specter Center seperti impian menjadi kenyataan bagi setiap jurulatih di dunia.

"Saya berterima kasih kepada keluarga Ganek, skuasy AS dan Paul Assaiante. Saya sudah lama mengenali Assaiante dan berharap dapat terus bekerjasama dengannya untuk membantu dan membina program yang lebih besar dan lebih baik," katanya.

Beng Hee pernah muncul sebagai juara remaja dunia pada 1998 dan hingga kini masih kekal sebagai pemain lelaki terbaik negara yang pernah menghuni ranking ketujuh dunia sebelum bersara pada 2015.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo