NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada maaf bagimu,mesti tarik balik




PETALING JAYA: Tindakan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan penyahwartaan 536.7 hektar Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU) dilihat telah membelakangi keputusan kepimpinan PKR.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pimpinan PKR sejak tahun lalu telah memaklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk membatalkan perkara tersebut.

Oleh itu kata beliau, Amirudin telah diminta untuk memberi penjelasan terperinci berhubung perkara berkenaan dalam pertemuan bersama pimpinan parti esok.

“Saya meneliti laporan dan aduan berkenaan tindakan Kerajaan Selangor yang telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara pada Mei lalu. Saya juga turut mengambil maklum bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menolak cadangan tersebut.

“Ingin ditegaskan keputusan yang dibuat ini masih belum dimaklumkan kepada pimpinan parti. Malah pimpinan PKR sejak tahun lalu telah memaklumkan kepada Menteri Besar untuk membatalkan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata kira-kira 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKKLU diluluskan untuk dinyahwarta mengikut Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Katanya dalam penggulungan di DUN Selangor, keputusan itu dibuat menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Mei lalu, dengan jumlah keluasan HSKKLU yang ingin dinyahwarta itu adalah kurang 45 peratus daripada jumlah asal yang dicadangkan, iaitu kira-kira 991.90 hektar.

Jelasnya, keputusan menyahwarta sebahagian HSKKLU dibuat Kerajaan Selangor selepas mengambil kira bantahan dan kepentingan biodiversiti serta Orang Asli.

Cadangan penyahwartaan HSKKLU itu adalah bagi pelaksanaan projek pembangunan bercampur itu mendapat bantahan pelbagai pihak, kerana ia akan memusnahkan khazanah alam semula jadi di hutan simpan itu, yang dianggarkan berusia 8,000 tahun

https://utusan.news/terkini/2021/08/tindakan-kerajaan-negeri-selangor-membelakangi-keputusan-pkr/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo