NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo penjaring terbanyak sepanjang zaman, atasi rekod Ali Daei


PARIS: Cristiano Ronaldo muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam bola sepak antarabangsa lelaki selepas meledak dua gol ketika Portugal menewaskan Republik Ireland 2-1.

Juara bertahan Perancis pula diikat 1-1 oleh Bosnia dan Herzegovina dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 zon Eropah itu.

Sehari selepas menyempurnakan kepulangannya ke Manchester United, Ronaldo menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol muda Gavin Bazuni di Faro sebelum Ireland mendahului permainan menerusi tandukan John Egan di akhir babak pertama.

Ketika skuad kendalian Stephen Kenny begitu hampir untuk menamatkan permainan dengan kemenangan, Ronaldo meledak gol penyamaan pada minit ke-89 yang mengatasi rekod 109 gol milik legenda Iran Ali Daei.

Pemain 36 tahun itu kemudian memastikan tiga mata milik Portugal dalam minit keenam masa kecederaan, melompat tinggi untuk menanduk hantaran Joao Mario.

"Rekod ini milik saya dan ia unik. Saya amat gembira dan ia satu lagi untuk karier saya," kata Ronaldo yang kini mengumpul 111 gol antarabangsa.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu turut menyamai rekod 180 penampilan Eropah milik Sergio Ramos.

Portugal kini mendahului Kumpulan A dengan 10 mata daripada empat perlawanan. Hanya juara kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir di Qatar tahun hadapan, manakala naib juara mengharungi play-off.

Perancis, bermain buat pertama kali sejak tewas kepada Switzerland di Euro 2020, ketinggalan di Strasbourg hasil jaringan Edin Dzeko namun bangkit menyamakan kedudukan menerusi Antoine Griezmann.

Perancis mendahului Kumpulan D dengan jurang empat mata ke atas Ukraine. - AFP

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo