NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rayer digantung Dewan dua hari



14 SEPT: Akibat menggunakan perkataan ‘tidak sempurna’ terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ahli Parlimen PH- Jelutong, RSN Rayer diarah keluar dari Dewan Rakyat dan digantung dua hari kerana mengeluarkan kenyataan melanggar Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, mengeluarkan arahan terhadap Rayer selepas Ahli Parlimen Jelutong berkenaan enggan menarik balik perkataan ‘tidak sempurna’ yang dikeluarkanya terhadap Mohd Rashid selepas diminta berbuat demikian.

“Jelutong, saya arahkan bentara minta Jelutong keluar sekarang. Saya minta bentara jalankan tugas keluarkan Jelutong sekarang, (selama) dua hari (tidak dibenarkan hadir ke dewan),” katanya di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun tindakan itu mencetuskan pertikaian dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang bangun mempersoalkan penggunaan perkataan berkenaan yang disifatkan mereka ‘tiada masalah’, sekali gus menyebabkan dewan menjadi kecoh sebelum Rashid memutuskan supaya sidang ditangguhkan untuk rehat.

Siri pertikaian dalam dewan berlanjutan lebih 20 minit selepas Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan keputusan dibuat Rashid yang menolak semua usul bagi mengganti Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, yang dikemuka Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini.

Terdahulu, Rayer meminta Mohd Rashid membenarkan usul menggantikan Speaker bagi menjawab usul supaya Azhar mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Mohd Rashid ketika menjelaskan perkara berkenaan memaklumkan, sudah diberi ‘kuasa’ oleh speaker untuk mengendalikan usul mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat itu.

Pada masa sama, Mohd Rashid berkata usul berkenaan bukan keutamaan untuk menjawab dalam Dewan Rakyat berhubung penolakan usul tersebut.

Bagaimanapun, tindakan itu membuatkan Rayer berang dan mendakwa tindakan Mohd. Rashid memalukan.

“Timbalan Speaker, jangan salah guna kuasa. People are watching you. Memalukan,” katanya semasa sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo