NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis buka kertas siasatan susulan laporan Guan Eng langgar perintah kuarantin kendiri


GEORGETOWN: Polis telah membuka kertas siasatan susulan beberapa laporan yang dibuat terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang didakwa melanggar perintah kuarantin kendiri baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, Guan Eng akan dipanggil untuk diambil keterangan setelah bekas Ketua Menteri berkenaan selesai menjalani tempoh kuarantin 10 September ini.

“Setakat ini, pihak polis menerima tiga laporan mengenai isu tersebut, siasatan telah bermula dan dijalankan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP),” katanya di sini hari ini.

Semalam, dua sayap parti pembangkang Pulau Pinang iaitu Gerakan dan MCA membuat laporan polis terhadap Guan Eng kerana didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Menurut mereka, Guan Eng hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 September lalu sedangkan beliau diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 bermula 1 hingga 10 September ini.

Sebelum itu, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng dalam perbicaraan kes empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu telah diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 September ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, polis telah mengambil keterangan daripada tiga individu iaitu mereka yang telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

“Keterangan daripada pihak Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kementerian Kesihatan akan direkodkan hari ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/polis-buka-kertas-siasatan-susulan-laporan-guan-eng-langgar-perintah-kuarantin-kendiri/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo