NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar tingkatan 4,5 di Terengganu mula divaksin Selasa ini




19 SEPT : Proses vaksinasi kepada 36,507 pelajar sekolah tingkatan empat dan lima di Terengganu akan bermula pada Selasa ini.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, proses vaksinasi itu akan dilakukan di 54 sekolah di seluruh negeri dan kesemua pelajar terbabit akan menerima suntikan vaksin jenis Pfizer.

“Berdasarkan data jumlah pelajar, seramai 18,264 adalah pelajar Tingkatan Empat, manakala baki 18,243 adalah pelajar Tingkatan Lima akan menerima vaksin tersebut.

“Kesemua pelajar terbabit adalah dari sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), termasuk sekolah menengah agama dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM),” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Pasar Kedai Payang, hari ini.



Turut serta dalam tinjauan itu adalah Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed; Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu, Rozali Salleh dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah.

Mengulas lanjut, Dr Kasemani berkata, program vaksinasi kepada semua pelajar Tingkatan Empat dan Lima itu dijangka siap sepenuhnya sebelum sesi persekolahan bermula pada 3 Oktober depan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan memberi keutamaan melakukan suntikan kepada pelajar Tingkatan Empat dan Lima sebagai persediaan mereka menduduki peperiksaan.

Mengenai pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga, beliau berkata, JKNT sedang menunggu kelulusan untuk memberi mereka vaksinasi.

http://www.pnbbcportal.com/2021/09/19/pelajar-tingkatan-45-di-terengganu-mula-divaksin-selasa-ini


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo