NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PARALIMPIK: Isu pembatalan emas Ziyad diketahui hari ini

TOKYO, 31 Ogos -- Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20 (kategori masalah pembelajaran) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam ini.Ziyad berjaya melakukan lontaran sejauh 17.94. - FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai isu pembatalan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tampak hanya dapat dimuktamadkan hari ini.

Perkembangan itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi akaun Twitternya, @PejaOfPerak, sebentar tadi.

"Protes daripada Ukraine masih diterima. Counter protest daripada 3 negara, Malaysia, Ecuador dan Australia akan dibawa ke mesyuarat CDM esok pagi.

"Kita pertahankan! Mohon doa rakyat Malaysia," kata Ahmad Faizal.

Ahmad Faizal sebelum itu mengesahkan kem negara sudahpun mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan kem Ukraine sehingga 'merompak' pingat emas Ziyad.

"Protes sudah dihantar. Termasuk semua bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di 'call room' dan luar 'call room. Doakan," katanya.

Berita lepas...

Sumber | Bharian


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo