Responsive Ad Slot

Melaka belum bercadang berbuka sempadan negeri pada 1 Oktober


Kerajaan negeri Melaka tidak akan membuka sempadan negeri untuk pelancong walaupun kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mengumumkan negeri itu antara tiga destinasi pelancongan baru yang akan melaksanakan gelembung pelancongan bulan depan.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali berkata, negeri itu hanya akan membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pembukaan sektor pelancongan sebenarnya ia tidak dibuka pada 1 Oktober seperti dimaklumkan MOTAC, tidak.

“Kita tidak mahu berlaku seperti apa di Langkawi, hari pertama buka, hari kedua dah ada 36 jangkitan (Covid-19) jadi saya kata no (tidak).

"Kita kena lebih berhati-hati, kita tengok dulu keupayaan kita di sini dengan SOP-SOP yang lebih ketat,”katanya seperti dipetik portal Melaka Hari Ini yang dimiliki kerajaan negeri.

Pada 21 September lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri mengumumkan Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan menjadi destinasi gelembung pelancongan negara dan akan dibuka semula kepada pengunjung mulai 1 Oktober.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti rentas negeri dan pelancongan akan dibenarkan apabila kadar vaksinasi negara telah mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Pada 21 September lalu, 93.2 peratus daripada individu dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos Covid-19. 

Selain itu, 80.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi - sama ada vaksin satu dos dari Cansino Biologics, atau vaksin dua dos dari Pfizer, Sinovac atau AstraZeneca.

Pada 22 September, Melaka mencatatkan 80.6 peratus kadar vaksinasi.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo