NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khidmat Hadi, Tiong dan Richard sebagai duta khas disambung




Khidmat Abdul Hadi Awang sebagai duta khas ke Asia Tengah disambung semula selepas jawatan itu dibubarkan susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri bulan lepas.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini selepas mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam bersetuju menyambung khidmat presiden PAS itu.

Hadi dilantik sebagai duta khas ke Asia Tengah bertaraf menteri pada 2 April 2020 oleh Muhyiddin tahun lalu.

Dalam makluman sama PMO berkata Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing dan Ahli Parlimen Serian Richard Riot masing-masing turut mengekalkan jawatan duta khas ke China dan duta khas ke Asia Timur.

Kedua-dua mereka merupakan ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Tiong pernah berkhidmat sebagai duta khas ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga 2018.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo