NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hapus semua bentuk judi – UMMAH




Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membantah keras keputusan kerajaan menambah kekerapan cabutan khas agensi nombor ramalan sebagaimana jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa cabutan khas nombor (special draw) merupakan perniagaan judi yang dilesenkan oleh kerajaan.
Advertisement

Namun, katanya Islam mengharamkan judi sebagaimana yang dijelaskan dalam surah Al-Maidah ayat 90.

Pada masa yang sama tambah beliau, tiada agama yang menyokong judi dan menolaknya sebagai penyakit kepada masyarakat.

“Justeru itu, UMMAH mendesak agar kerajaan dapat membatalkan terus keputusan tersebut.

“Sudah sampai masanya kerajaan menghapuskan semua bentuk judi yang dilesenkan,” katanya kepada Harakahdaily.

Mohd Zai berkata, UMMAH menegaskan bahawa keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor tersebut merupakan suatu keputusan yang mengundang bala daripada Allah SWT di kala rakyat berdepan dengan pandemik Covid-19. – HARAKAHDAILY 26/9/2021


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo