NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Boleh jadi semua ahli PH pakai logo tunggal masa PRU-15, kata Anwar




Pakatan Harapan (PH) kini di peringkat akhir perbincangan berhubung cadangan logo tunggal yang bakal digunakan oleh parti-parti komponen PH pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat penggunaan logo tunggal terutama parti komponen PH amat ideal bagi memudahkan rakyat membuat pilihan, sekali gus mengelakkan kekeliruan.

“Dalam sedikit masa lagi, pihak PKR, DAP dan Amanah akan duduk bersama bagi memutuskan perkara ini. Seelok-eloknya kita menggunakan satu logo sahaja (logo Pakatan).

“Dulu dalam PRU 2018, parti gabungan PH (dan sekutu) guna lambang PKR kerana pada waktu itu logo Pakatan belum lagi didaftarkan,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sesi perbincangam webinar UPKO bertajuk: *Kebersamaan UPKO dalam Pakatan Harapan*, malam Jumaat.

Turut serta Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, Anwar berkata anggota PH dari Sabah dan Sarawak, termasuk UPKO diberikan outonomi untuk memilih logo yang digunakan.

Beliau juga menyambut baik penyertaan UPKO ke dalam PH yang menurutnya akan membantu memperkuatkan lagi gabungan PH di Sabah.

Anwar turut mengulangi tekadnya untuk menyatukan semula parti-parti blok pembangkang bagi menghadapi PRU15.

Beliau berkata PH sedia menimbang untuk menyokong cadangan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election untuk menghalang mereka yang lompat parti.

Katanya cadangan itu adalah selaras dengan
agenda reform PH bagi menghentikan budaya lompat parti.

Anwar juga mengingatkan pimpinan kerajaan Persekutuan agar menghormati “titah” Yang di-Pertuan Agong yang meminta Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri diadakan di Parlimen secepat mungkin bagi mengabsahkan pelantikan Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu. – Jesselton Times


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo