NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bintang tinju, Pacquiao calon Presiden Filipina 2022


20 SEPT: Petinju profesional Filipina yang kini bergelar ahli politik, Manny Pacquiao, mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Presiden negara itu tahun depan.

“Masanya sudah tiba dan kita bersedia untuk bangkit mencabar kepimpinan sekarang,” katanya selepas menerima pencalonan bagi menentang Presiden Rodrigo Duterte dari parti pemerintah.

Juara dunia itu membuat pengumuman terbabit beberapa minggu selepas tewas dalam perlawanan akhirnya menentang petinju Cuba, Yordenis Ugas, di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman itu mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa Pacquiao berhasrat untuk mencalonkan diri bagi jawatan itu.

Pacquiao,42, menceburkan diri dalam politik pada 2010 sebagai ahli Kongres sebelum dipilih menjadi Senator.

Beliau sangat dikagumi dan disukai rakyat di negaranya atas sifat murah hati dan kejayaannya keluar dari kemiskinan untuk menjadi salah seorang petinju terkenal dunia.

Kewibawaannya sebagai peninju dan usaha memerangi kemiskinan serta rasuah dijangka menjadi tema kempennya nanti.

http://www.pnbbcportal.com/2021/09/20/bintang-tinju-pacquiao-calon-presiden-filipina-2022/

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo