Responsive Ad Slot

Arab Saudi pintas peluru berpandu sasar Wilayah Timur, Najaran


5 SEPT : Arab Saudi berjaya memintas dua peluru berpandu balistik dilancarkan dari Yaman yang menyasarkan wilayah Timur dan Najaran di selatan semalam.

Saluran TV negara, Al-Ekhbariya yang melaporkan kejadian itu, memetik kenyataan pakatan bahawa mereka akan mengambil langkah ketat untuk melindungi orang awam.

Tiada laporan kemalangan jiwa berlaku tetapi serangan itu terjadi empat hari selepas sebuah dron menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di selatan yang mencederakan lapan individu dan merosakkan sebuah pesawat awam.

Serangan itu berlaku beberapa jam sebelum utusan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Yaman, Hans Grundberg, secara rasmi menjalankan tugasnya hari ini.

Arab Saudi bertindak campur tangan dalam perang Yaman bagi pihak kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada 2015, tidak lama selepas Huthis menawan Sanaa.

Pemberontak yang didakwa sekutu Iran berulang kali menyasarkan negara itu dalam serangan rentas sempadan.

Pada Ogos lalu, pemberontak meningkatkan operasi dengan menggunakan dron dan peluru berpandu.

Konflik di Yaman meragut puluhan ribu nyawa dan disifatkan PBB sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Sementara PBB mendesak untuk mengakhiri perang, Huthis menuntut pembukaan semula lapangan terbang Sanaa, yang ditutup di bawah sekatan Arab Saudi sejak 2016, sebelum gencatan senjata atau rundingan dijalankan.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo