NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anda dipelawa beri cadangan kepada KKMM




KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa membuka ruangan di akaun Twitternya untuk orang ramai menyuarakan cadangan dan harapan bagi menambah baik kementerian berkenaan.

Katanya beliau menjangka dalam minggu pertama berada di kementerian, saban hari beliau akan diberikan taklimat oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Saya akan berusaha memahami sepenuhnya perkembangan KKMM, terutama dalam menangani isu berkenaan jurang digital, pelaksanaan 5G, menghubungkan “the under-connected” dan melihat bagaimana kita boleh menyegerakan dan menambahbaiknya,” menurut twitnya.

Annuar, 65, sebelum ini pernah menjadi menteri di Kementerian Belia dan Sukan (1990-1993), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1993-1999) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dari Mac 2020 hingga 16 Ogos lepas susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Annuar bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Isnin lepas. — BERNAMA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo