NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akta sekatan perkembangan agama bukan Islam, apa yang perlu kita tahu?

Mewujudkan undang-undang khas mengawal perkembangan agama bukan Islam ni bukan satu benda baru.

Betul, undang-undang ni dah lama ada di Malaysia dan sudah wujud sejak sekian lama.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Negeri dan Persekutuan (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) boleh membuat suatu undang-undang untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Ini juga termasuk penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Maknanya, punca kuasa kerajaan untuk menggubal undang-undang ini memang termaktub sekian lama dalam Perlembagaan.

Dan sehingga hari ini, dah ada 10 negeri yang mempunyai undang-undang yang sama, iaitu;

• Terengganu: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980;
• Kelantan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981;
• Kedah: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988;
• Melaka: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988;
• Perak: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988;
• Selangor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988;
• Pahang: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989;
• Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991;
• Johor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991; dan
• Perlis: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perlis, 2014.

Undang-undang ini juga bukan hanya nak dibuat untuk Wilayah Persekutuan sahaja, bahkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan buat undang-undang yang sama. Boleh rujuk kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 18 Mac 2021 seperti dalam gambar.

Maknanya, ini satu undang-undang yang dah sekian lama ada. 

Jadi, apa yang dikecohkan? Selama ni 10 buah negeri ada undang-undang yang sama, kita tetap hidup aman damai dan harmoni. Agama lain masih boleh terus diamalkan dengan bebas dan tanpa halangan oleh penganut mereka. Kenapa bila Wilayah Persekutuan nak buat undang-undang yang sama, mereka ini meloncat?

Atau mereka sedang cuba menjadi hero di kalangan masyarakat non-Muslim, menyebarkan salah faham untuk menggugat perpaduan kaum?

Fikir-fikirkan.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo