NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

56 ahli politik langgar SOP sejak COVID-19 melanda

Hamzah Zainudin berkata, jumlah kes pelanggaran SOP membabitkan semua ahli politik bermula 18 Mac 2020 hingga 25 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR: Seramai 56 ahli politik ditahan kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP), dedah Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat.

Daripada jumlah itu, 22 sudah dikenakan denda manakala 25 lagi kes masih dalam siasatan, katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar).

“Lapan kes diletakkan bawah tiada tindakan lanjut (NFA) dan seorang ahli politik sudah dikenakan tuduhan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, semua kes pelanggaran SOP itu berlaku antara 18 Mac 2020, ketika negara ini dikenakan PKP menyeluruh, sehingga 25 Ogos lalu.

Terdahulu, Syed Saddiq mengemukakan soalan berhubung jumlah ahli politik yang dikesan melanggar SOP sepanjang penguatkuasaan PKP.

Ahli Parlimen itu juga dalam perbahasannya menyatakan sebilangan ahli politik dituduh makan di tempat awam, “dine-in” di restoran, selain tidak memakai pelitup muka.

Sebelum ini, rakyat menghentam kerajaan susulan tindakan berat sebelah membabitkan pelanggaran SOP yang dilaporkan berlaku oleh selebriti dan ahli politik, namun mereka tidak dikenakan denda dalam tempoh segera.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo