NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

11 Undang-undang Syariah yang akan digubal dan dipinda



Oleh:
YB Ust Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Saya yakin ramai yang mahu bersama memartabatkan undang-undang Syariah di Malaysia.

Infografik ini misalnya, dikirimkan kepada saya, tanda sokongan dan kebersamaan dalam menyampaikan perancangan-perancangan kerajaan yang mahu meninggikan lagi martabat undang-undang Syariah.

Jujurnya, saya terharu dan terima kasih saya ucapkan.

Memang benar, bagi memperkasakan undang-undang syariah, khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan, kerajaan telah merangka Pelan Pemerkasaan Undang-Undang Syariah bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2020 hingga 2025.

Dalam Pelan Pemerkasaan ini, kerajaan telah bercadang untuk menggubal 11 undang-undang syariah utama, iaitu termasuk penggubalan undang-undang baharu dan pindaan undang-undang sedia ada, dan 8 undang-undang syariah subsidiari.

Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan tersebut.

Selain daripada pindaan kepada Akta 355, melalui Pelan Pemerkasaan tersebut juga kerajaan telah dalam proses untuk menggubal beberapa undang-undang syariah baharu termasuk RUU Wakaf, RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan lain-lain.

Bantu saya sampaikan maklumat ini dengan kongsikan poster ini seluas-luasnya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo