Responsive Ad Slot

Varian Delta, ratusan penduduk UK sudah divaksin dimasukkan hospital

LONDON: Ratusan individu yang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya di England dimasukkan ke hospital akibat mendapat jangkitan varian Delta.

Agensi Kesihatan Awam England (PHE) menerusi kemas kini data kes Covid-19 turut memberi amaran terdapat petunjuk awal individu yang sudah menerima vaksin boleh menyebarkan jangkitan varian Delta seperti individu yang belum menerima suntikan vaksin.

PHE memaklumkan sebanyak 55.1 peratus bersamaan 1,467 orang dimasukkan ke hospital sejak 19 Julai hingga 2 Ogos akibat mendapat jangkitan varian Delta belum divaksin.

Manakala, sebanyak 34.9 peratus atau bersamaan 512 orang sudah menerima suntikan vaksin dua dos.

Semua vaksin yang digunakan di United Kingdom iaitu AstraZeneca, Moderna dan Pfizer-BioNTech memerlukan dua suntikan.

Sebanyak 75 peratus golongan dewasa di UK sudah menerima dua suntikan vaksin sehingga hari ini.

“Kita juga menyaksikan peratusan lebih tinggi individu yang sudah divaksin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan varian Delta,” jelasnya. 

-AGENSI

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo