NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Varian Delta punca COVID-19 makin buruk di Palestin




19 OGOS: Varian Delta membuatkan situasi pendemik COVID-19 di Palestin semakin buruk dengan 70 peratus jangkitan disebabkan varian tersebut.

Pengarah hospital Palestin di Kementerian Kesihatan, Naji Nazzal berkata, keadaan kian parah akibat jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di hospital semakin meningkat.

“Sejak beberapa minggu lalu, jumlah kes telah menunjukkan trend penurunan tetapi kes kembali meningkat selepas varian Delta dikesan di wilayah Palestin.

“Justeru, rakyat Palestin di kawasan terjejas disaran segera mendapatkan suntikan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kementerian Kesihatan juga bersiap siaga dengan membuka pusat perubatan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan dua kematian akibat COVID-19 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan 753 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Seramai 667,894 rakyat di kawasan berkenaan telah menerima suntikan vaksin, termasuk 432,731 sudah lengkap dua dos dan Semenanjung Gaza pula, hanya 10 peratus penduduk sudah menerima vaksin.

“Sekurang-kurangnya 1.5 juta daripada dua juta penduduk di Semenanjung Gaza perlu divaksin untuk memastikan mereka dilindungi daripada varian Delta,” kata pengarah kawalan jangkitan Kementerian Kesihatan Gaza, Rami al-Abadla.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo