NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vaksinasi lengkap: Boleh 'dine-in'

FOTO/FARIZ RUSADIO (UTUSAN)
Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti 'dine-in' kepada individu yang lengkap vaksinasi bermula 10 Ogos ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka memasuki premis untuk 'dine-in' menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) menerusi MySejahtera yang lengkap.

Katanya, bagi pasangan yang menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk 'dine-in' di premis kedai makan, perlu pastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai untuk 'dine-in' apabila perlu sahaja dan tidak meluangkan masa yang terlalu lama. Orang ramai juga dinasihatkan untuk 'take-away' jika situasi mengizinkan. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan terbuka.

"Saya juga ingin menyarankan kepada pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan lebih baik. Kita faham bahawa risiko penyebaran virus Covid-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar," katanya dalam Perutusan Khas secara maya, hari ini.

Sumber : HMetro & BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo