Responsive Ad Slot

UPSI tawar biasiswa PhD dan jawatan pensyarah kepada Azizul

AZIZULHASNI Awang menamatkan acara keirin Sukan Olimpik dengan memenangi pingat perak di Velodrom Izu hari ini. - - AFP
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan biasiswa dan jawatan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan kepada atlet berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berikutan kejayaannya meraih pingat perak untuk negara dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, UPSI menawarkan peluang melanjutkan pengajian dan jawatan pensyarah kepada Azizulhasni pada bila-bila masa sahaja sama ada selepas Sukan Olimpik Tokyo mahupun Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata, tawaran itu membolehkan beliau melanjutkan pengajian secara Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) iaitu menerusi laluan pengalaman secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal tertinggi sekali gus memberi peluang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu.

"Tawaran ini adalah sebagai tanda penghormatan terhadap kecemerlangan luar biasa Azizulhaani yang sentiasa menjadi aspirasi dan motivasi kepada lebih 32 juta rakyat Malaysia.

"Kehadiran Azizulhasni ke UPSI pastinya dapat membantu negara dalam memantapkan pembangunan sukan berbasikal trek dan menjadi inspirasi kepada mahasiswa yang bakal menjadi guru dan jurulatih sukan di sekolah-sekolah di Malaysia mahupun antarabangsa," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, hari ini selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu.

Untuk rekod, Azizulhasni, 33, sebelum ini pernah meraih gangsa di Olimpik Rio 2016 dalam acara sama.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo