NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ucapan sulung Perdana Menteri Ismail Sabri 5.30 petang




KUALA LUMPUR, 22 Ogos -- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri pada 5.30 petang ini, sehari selepas mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara.

“Ikuti ucapan saya pada 5.30 petang hari ini,” katanya di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

Ucapan beliau itu akan disiarkan secara langsung menerusi platform media Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), TV3, Astro Awani dan TV AlHijrah.


Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

-- BERNAMA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo