NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Timbalan menteri jalani kuarantin lepas anak, menantu positif Covid-19

Che Abdullah Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Che Abdullah Mat Nawi, kini menjalani kuarantin kendiri selepas anak lelaki dan menantu yang tinggal bersamanya di Putrajaya didapati positif Covid-19.

Anggota Parlimen Tumpat itu bagaimanapun memaklumkan, dia dan isteri serta ahli keluarga lain tidak dijangkiti.

"Kini, kami sekeluarga sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

"Mohon maaf kepada semua pihak yang berkenaan kerana saya tidak dapat berkhidmat secara fizikal buat masa ini," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pun begitu Che Abdullah memberitahu dia tetap masih boleh memberi komitmen kepada tugasnya secara maya.

Sehubungan itu Che Abdullah berkata, dia memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan kepada anak dan menantunya serta keluarga mereka dilindungi daripada wabak tersebut.

"Dengan rasa rendah hati, saya memohon agar didoakan kesembuhan kepada anak dan menantu serta dilindungi saya sekeluarga daripada wabak ini agar dapat melaksanakan komitmen yang diamanahkan dan dapat kembali bersama rakyat sebagaimana biasanya," katanya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo