NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes COVID-19 meningkat, Syed Saddiq masih terus 'melompat'

Syed Saddiq didakwa diganggu sekumpulan individu ketika makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram, Februari tahun lepas
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Jumaat sebagai satu tindakan terdesak bagi mengekalkan jawatannya.

Menerusi hantaran di Facebook, bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengibaratkan pemimpin itu sudah berada di hujung tanduk dan memerlukan pembangkang untuk berbincang.

“Pengumuman khas Perdana Menteri penuh dengan hipokrasi dan helah. Semua dibuat hanya untuk tinggal sehari lebih lama dari hak yang sudah terlucut dengan kehilangan sokongan majoriti Dewan Rakyat.

“Waktu hampir hilang kuasa, barulah terfikir nak beri peruntukan tahunan yang sama kepada ahli Parlimen pembangkang. Hampir dua tahun pembangkang tidak terima peruntukan sama dari Kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Beliau secara sinis menyindir pengumuman berkaitan tawaran untuk membentangkan rang undang-undang lompat parti oleh Muhyiddin.

“Kerajaan PN yang dibentuk dari orang yang lompat parti tiba-tiba nak bentang rang undang-undang lompat parti. Pelik.

“Lupakah Perdana Menteri dulu yang mengajak saya untuk tinggalkan Pakatan Harapan (PN). Itu bukan ajakan untuk lompat keluar dari PH? Baru sahaja tahun lepas dalam ingatan saya.

“Dari tahun lepas saya minta kerajaan PN dengar suara dan cadangan pembangkang. Tak pernah nak dengar. Tiba-tiba hari ni minta buat sokongan bipartisan. Kononnya ada cadangan rangka persefahaman rentas parti,” katanya di media sosial berkenaan.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan Muhyiddin mengenai UNDI18 yang dihalang oleh kerajaan PN.

“Tiba-tiba juga hari ini umum UNDI18 boleh dibuat segera. Jangan suka-suka hati umum itu ini jika niatnya hanya mahu kekal berkuasa.

“Macam mana rakyat nak percaya? Waktu kerajaan PN memerintah, budaya lompat parti, beli-membeli ahli Parlimen berada di tahap yang sangat teruk. Mana pergi siasatan terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman? Atau siasatan terhadap Datuk Dr Xavier Jayakumar?” soalnya.

Dalam pada itu Syed Saddiq turut mempersoalkan kenyataan bahawa kerajaan PN mahu tampil demokratik sedangkan telah membatalkan pendaftaran Muda tanpa sebarang alasan.

“Kalau demokratik, luluskan sahaja Muda. Benarkan demokrasi tumbuh subur dengan parti politik orang muda,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/155452/BERITA/Nasional/Muhyiddin-beri-tawaran-kerana-terdesak-Syed-Saddiq
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo