Responsive Ad Slot

Tidak benar Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air letak jawatan

Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air
KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan seorang senator dari UMNO, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, adalah tidak benar.

Perkara itu yang tular di media sosial disahkan tidak benar oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Tidak," katanya ringkas kepada BH, sebentar tadi.

Beberapa akaun Facebook, antaranya yang dikenali Oh Sabahku memuat naik hantaran 'Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air umum letak jawatan!! Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa duka cita.

Masrizal sebelum ini adalah antara individu yang rapat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau sebelum ini adalah Setiausaha Politik kepada Ahmad Zahid, selain pernah merangkap sebagai Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN).

- BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo