NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Thailand hasilkan basin COVID-19 daripada tembakau


BANGKOK: Thailand berhasrat menghasilkan vaksin negara itu sendiri daripada daun tembakau bagi mengelakkan kebergantungan terhadap vaksin yang diiimport dari negara luar. 

Projek penghasilan vaksin berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan itu merupakan kerjasama Universiti Chulalongkorn dengan Baiya Phythiphram Ltd. 

Kaedah itu menggunakan protein sub unit yang diekstrak daripada daun tembakau supaya dapat bertindak balas dengan imun manusia. 

Projek itu dilancarkan sejak Februari tahun lalu dan vaksin itu terbukti berkesan apabila diuji kaji terhadap tikus dan monyet. 

Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata, pihak kementerian dan Institut Vaksin Kebangsaan menyalurkan peruntukan 160 juta baht (RM20.3 juta) kepada universiti dan syarikat itu bagi melaksanakan projek percubaan menghasilkan vaksin itu. 

Katanya, tingkat 11 bangunan Chulaphat akan bertukar menjadi pusat kemudahan percubaan bagi menghasilkan vaksin berasaskan pokok tembakau seluas 0.12 hektar.

“Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan turut menyalurkan bantuan bagi meningkatkan proses penghasilan vaksin. 

“Kita jangka fasa pertama percubaan terhadap manusia bermula bulan depan kepada 100 sukarelawan,” jelasnya. 

Menurut Anutin, sekiranya percubaan itu berjaya, pusat kemudahan tersebut akan mula menghasilkan vaksin Covid-19 bermula suku ketiga 2022 dengan sasaran lima juta dos setiap bulan atau 60 juta dos setiap tahun. 

“Kelebihan vaksin berasaskan tumbuh-tumbuhan ini, ia boleh dimodifikasi dan ditingkatkan tahap keberkesanan melawan varian baharu.

“Setakat ini, kita sudah melakukan kajian terhadap 10 varian Covid-19. Pada masa depan, kita akan meningkatkan formula seperti mana vaksin influenza dihasilkan untuk melindungi daripada jangkitan varian dengan hanya satu dos suntikan,” jelasnya. 

UTAMAKAN RAKYAT 

Dalam perkembangan lain, golongan pakar menggesa supaya vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di negara ini tidak dieksport dan digunakan sebaik-baiknya kepada rakyat yang belum divaksin.

Pakar turut memberi amaran kebarangkalian separuh penduduk Thailand bersamaan 70 juta orang akan dijangkiti Covid-19, sekiranya negara tidak memberikan vaksin kepada 40 juta penduduk dalam tempoh 100 hari lagi. 

Pakar Penyakit Pernafasan di Hospital Vichaiyut, Dr. Manoon Leechawengwongs antara barisan pakar perubatan yang menggesa kerajaan menghentikan eksport vaksin tersebut. 

Gesaan itu meminta Perdana Menteri, Prayut Chan O Cha menggunakan kuasanya di bawah Akta Keselamatan Kebangsaan bagi menghalang syarikat Siam Bioscience mengeksport vaksin yang dihasilkan di Thailand. 

Dalam usaha menangani Covid-19 secara global bagi menjadikan dunia kembali aman, banyak pihak berpendapat mana-mana negara perlu menjaga keperluan domestik terlebih dahulu jika berada dalam situasi Thailand. 

Golongan doktor mencadangkan seramai 500,000 orang divaksin setiap hari bagi mengelakkan jangkitan besar-besaran dalam skala lebih besar. 

-AGENSI


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo