NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Surat akuan tambahan kepada istana bertentangan titah Seri Paduka' - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menghantar surat akuan tambahan menarik sokongan kepada kerajaan, disifatkan bertentangan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata titah Yang di-Pertuan Agong jelas menyatakan supaya sebarang isu berkaitan kerajaan diselesaikan di Parlimen pada September ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berpandangan, apa jua perkara yang dilakukan bagi meruntuhkan kerajaan sebelum sidang Parlimen diadakan, termasuk menghantar surat akuan kepada Istana Negara yang dilakukan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, adalah melanggar titah Yang di-Pertuan Agong.

"Jika tindakan kita meruntuhkan kerajaan, kitalah yang menggagalkan hasrat dan titah Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen bersidang dan keabsahan kerajaan ditentukan di dalam Parlimen.

"Jadi, tidak timbul isu Ahli Parlimen derhaka. Yang derhaka, mungkin mereka yang melanggar titah Tuanku supaya perkara ini di bawa ke Parlimen pada September," katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasiona (BN) menyatakan pendirian untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), selaras titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu isu keabsahan kerajaan diselesaikan dalam Parlimen.

Selain Ismail Sabri, 17 lagi Ahli Parlimen yang hadir adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau); Datuk Seri Idris Jusoh (Besut); Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak); Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin); Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Selain itu, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau); Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis); Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Maran); Mohd Shahar Abdullah (Payar Besar); Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar); Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas); Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu); Datuk Salim Sharif (Jempol); Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Datuk Seri M Saravanan (Tapah).

Tiga Ahli Parlimen yang menandatangani pendirian berkenaan namun tidak hadir adalah Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin).

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan, 10 lagi Ahli Parlimen yang tidak hadir turut bersetuju dengan pendirian berkenaan, iaitu Khairy Jamaluddin (Rembau); Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara); Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas); Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong).

Selain itu, Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan); Datuk Mohamad Alamin (Kimanis); Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar); Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Tanjung Piai).

- BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo