NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara masih kekal

Tan Sri Rais Yatim (kiri), Datuk Azhar Azizan Harun (kanan) 

KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat perlu meletak jawatan kerana ia memerlukan usul daripada kerajaan untuk berbuat demikian, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, berkata, jika Perdana Menteri meletak jawatan hanya seluruh ahli Jemaah Menteri yang perlu turut sama berbuat demikian.

Beliau berkata, jika tiada usul dikemukakan dari kerajaan, maka individu yang menyandang kedua-dua jawatan itu tidak terjejas.

"Ia hanya membabitkan ahli Jemaah Menteri. Di bawah Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, apabila Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, seluruh ahli Jemaah Menteri juga meletakkan jawatan.

"Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mengemukakan usul khas untuk ganti Speaker atau Timbalan Speaker.

"Jika tiada usul maka tak timbul untuk letak jawatan kerana entiti Parlimen asing berbanding Eksekutif. Kalau tidak ada usul dari kerajaan tak ada apa apa.

"Seperti yang berlaku terhadap Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, waktu itu ada usul dari kerajaan yang mengetengahkan (untuk melantik) Speaker Dewan Rakyat sekarang (Datuk Azhar Azizan Harun)," katanya kepada BH hari ini.

Satu lagi jawatan lantikan politik ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disandang oleh Datuk Abdul Ghani Salleh.

Ditanya adakah beliau masih kekal dengan jawatan itu selepas Muhyiddin meletak jawatan Perdana Menteri, Abdul Ghani berkata 'masih kekal'.

Bekas EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Mohd Muzzammil Ismail, yang sekarang ini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), mempersoalkan gesaan pihak tertentu supaya orang politik yang dilantik dalam agensi kerajaan meletak jawatan.

Alasan Muzzamil yang sebelum ini pernah bertanding sebagai calon Ketua Pemuda ARMADA berkata, beliau bukan lantikan politik tetapi korporat.

"Janganlah kaitkan urusan politik dengan perjawatan. Tak semua lantikan politik. Kenapa nak letak jawatan sukarela pula?. Jika PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik atau pengarah dilantik sebelum ini (sebelum Muhyiddin letak jawatan) kena letak jawatan?" katanya.

Sumber | Bharian


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo