NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jawatan lantikan politik tidak gugur secara automatik'

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR: Dua tokoh yang pernah dilantik menyandang jawatan tinggi dalam negara secara lantikan politik berpandangan terpulang kepada individu dilantik menganggotai badan, agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk berundur secara sukarela atau kekal selepas Perdana Menteri meletak jawatan.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata ini kerana jawatan lantikan politik antaranya seperti Peguam Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negara, pengerusi GLC atau agensi, tidak gugur secara automatik walaupun Perdana Menteri melepaskan jawatannya.

Secara amalannya, beliau berkata, status lantikan politik membabitkan jawatan berkenaan mungkin berubah apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan kerajaan.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, apabila Perdana Menteri letak jawatan, ia merangkumi ahli Kabinet, manakala jawatan lain seperti Peguam Negara, Speaker dan pengerusi GLC bukan anggota Kabinet.

"Jadi, tidak gugur jawatan itu dengan sendiri, mereka tidak perlu letak jawatan, tetapi mereka boleh berbuat demikian secara sukarela.

"Jika tukar kerajaan atau menteri, itu terpulang sama ada akan berlaku lantikan baharu atau macam mana, itu amalannya," katanya kepada BH, hari ini.

Sementara itu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir, berpandangan pelantikan jawatan politik kekal sehingga kepimpinan kerajaan yang baharu memutuskan kedudukan mereka.

Beliau berkata, urusan dan tanggungjawab mereka yang dilantik menyandang jawatan berkenaan berjalan seperti biasa, melainkan individu terbabit secara sukarela ingin melepaskan jawatan.

"Dulu kawan saya, Tan Sri Abdul Ghani Othman di Sime Darby (sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas) letak jawatan... apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri baharu, Abdul Ghani diganti dengan orang lain.

"Perdana Menteri ada kuasa memberhentikan kontrak. Walaupun ada kontrak dua tiga tahun jadi lama sebab kontrak diperbaharui. Bagaimanapun, jika Perdana Menteri tak suka dan kontrak masih ada, ia akan dihentikan.

"Jika kerja tak selesa, tak ada restu susahlah, baik berhenti dan letak jawatan secara sukarela atau tunggu saja surat daripada Perdana Menteri atau orang mewakili Perdana Menteri.

"Macam-macam cara boleh dibuat untuk 'jolok' pengerusi (lepas jawatan)," katanya.

Sumber | Bharian

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo