NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Solat Zohor pada hari jumaat musim PKP, bagaimana kita melakukannya?

Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid
Dua pandangan untuk panduan kaum lelaki

1. Saranan Mufti Selangor

Jemaah yang tidak menerima jemputan bagi menunaikan solat Jumaat dinasihatkan menunaikan solat Zohor selepas 30 minit solat Jumaat didirikan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menerusi Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor malam tadi berkata, jemaah yang tidak mendapat jemputan solat Jumaat di mana-mana masjid atau surau kebenaran Jumaat, mereka hendaklah mendirikan solat Zohor secara berjemaah di surau.

"Jemaah dinasihatkan supaya dapat menunaikan solat Zohor selepas 30 minit masuk waktu supaya tidak mendahului solat fardu Jumaat di masjid atau surau kebenaran Jumaat yang berhampiran.

"Dalam tempoh sebelum menunaikan solat bolehlah diisi dengan bacaan al-Quran atau zikir," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat, berkuat kuasa 3 Julai (semalam).

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor juga berkenan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagaimanapun, bilangan jemaah yang dibenarkan mendirikan solat pada satu-satu masa dihadkan.

2. Ulasan Dr Abdul Basit Abdul Rahman, mengikut padangan kitab muktabar
Dr Abdul Basit Bin Abdul Rahman





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo