NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sidang Khas Parlimen : 3 kes baru, 88 kes keseluruhan

Kuala Lumpur: Tiga lagi kes positif Covid-19 disahkan dengan ujian RT-PCR berkait dengan persidangan Dewan Rakyat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 20 kes.

Beliau berkata, kes baharu itu dilaporkan semalam dan mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) antara 19.15 sehingga 22.27, bermaksud kadar kebolehjangkitan tinggi.

"Kesemua mereka mempunyai gejala ringan dan sudah mendapat vaksin lengkap. Hasil siasatan mendapati mereka juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantin kendiri selepas pulang dari sidang Parlimen supaya tidak menjangkiti ahli keluarga.

"Siasatan untuk mengenalpasti kontak rapat semasa persidangan diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir.

Justeru, beliau menasihati semua individu yang hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera dan jalani ujian saringan serta mendapatkan rawatan segera jika bergejala.

Mengenai keseluruhan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen, beliau berkata, setakat ini sebanyak 88 kes positif Covid-19 dikesan membabitkan individu yang hadir ke sidang berkenaan serta kontak rapat kes positif.

"Sebanyak 60 kes positif dikesan semasa saringan Pra Dewan Rakyat, 20 kes (termasuk tiga kes baharu) semasa Dewan Rakyat bersidang dan lapan kes saringan Pra Dewan Negara.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo