NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : 360 kematian, kes tertinggi sejak pendemik melanda

Gambar deretan van jenazah yang digunakan Jawi KL untuk menguruskan jenazah covid-19. Foto : Kosmo
8 OGOS: Malaysia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat COVID-19 selepas Kementerian Kesihatan (KMM) melaporkan 360 individu maut termasuklah 85 kes kematian berlaku di luar hospital di seluruh negara hari ini.

Pertambahan itu menyaksi jumlah kumulatif individu maut akibat COVID-19 Malaysia meningkat kepada 10,749 kes atau 0.85 peratus daripada 1,262,540 kes, sejak kes pertama pandemik ini dikesan di Malaysia, pada 24 Februari 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu 296 orang yang meninggal akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu adalah rakyat tempatan, manakala 64 kes membabitkan warga asing.

“Selangor menjadi negeri paling ramai mencatatkan kematian hari ini dengan 221 kes diikuti Kuala Lumpur (41 kes), Melaka (20), Perak (17), Pulau Pinang (15) dan Johor (14).

“Negeri yang mencatatkan jumlah kematian bawah 10 kes hari ini adalah Kedah (7), Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing enam kes, Sabah dan Terengganu masing-masing lima kes; Putrajaya (2) serta satu kes di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham juga mengesahkan seramai 1,095 pesakit COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 571 kes memerlukan bantuan pernafaskan.

Dalam pada itu, KKM mengesan 39 kluster baharu COVID-19 di seluruh negara hari ini termasuk 18 daripadanya ialah kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti, masing-masing dua pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi; satu masing-masing kluster keagamaan dan pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan.

Beliau berkata dengan pertambahan itu jumlah kluster COVID-19 dikesan di Malaysia sehingga kini ialah  3,938 kluster termasuk 2,725 kluster sudah tamat dan 1,213 kluster masih aktif.

“Daripada 18,688 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 401 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 18,287 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 4,460 kes (23.9 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19,” katanya.

Katanya,berdasarkan data terkini pada 7 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08 dan negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47).

“Ini diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.25), serta Sabah (nilai RT 1.18) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.18). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo