NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Proses akhir pilih PM, Majlis Raja-Raja Melayu bersidang hari ini




KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini dijangka membincangkan isu pelantikan perdana menteri dan pembentukan Kabinet baharu.

Mesyuarat itu dilihat sebagai proses akhir sebelum Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menentukan pemimpin politik yang benar-benar layak dilantik sebagai perdana menteri kesembilan.

Dilaporkan, Seri Paduka dijangka mendedahkan calon berkenaan daripada pelbagai parti politik selepas proses undian semua ahli Parlimen dilakukan dengan menyerahkan surat akuan kepada Istana Negara mengenai calon ketua kerajaan yang disokong mereka.

Semalam, Seri Paduka berkenan menerima menghadap ahli Parlimen dari parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka menyembah maklum secara lisan melalui kaedah fizikal dan secara dalam talian dalam waktu berlainan dan sesi itu selesai kira-kira pukul 4 petang semalam.

Pun begitu, pihak pembangkang dilaporkan tidak mendapat jemputan sama selepas tamat proses undian semua ahli Parlimen, Rabu lalu untuk menyatakan calon Perdana Menteri pilihan yang dihantar melalui emel ke Istana Negara.

Memetik kenyataan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof semalam, beliau berkata, pertemuan 114 ahli Parlimen kerajaan bersama Seri Paduka untuk memastikan mereka tidak menyokong Ismail Sabri semasa di bawah tekanan sekali gus mengesahkan kandungan surat akuan tersebut.

Untuk rekod, Ismail Sabri didakwa mendapat sokongan majoriti seramai 114 ahli Parlimen berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat 105 sokongan wakil rakyat.

Muhyiddin dan seluruh Kabinet baru-baru ini telah menyembah maklum surat peletakan jawatan kepada Seri Paduka selepas 15 ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan mereka.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kemudian dilantik sebagai ketua kerajaan sementara atau caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Situasi itu menyaksikan sejarah peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dilantik sebagai perdana menteri sementara berulang sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah menjadi ketua kerajaan baharu, Mac tahun lalu. – UTUSAN ONLINE


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo