Responsive Ad Slot

Program vaksinasi dibawah Selvax kurang mendapat sambutan ?

PPV Tropicana Gardens lengang walaupun telah dibuka vaksinasi secara walk-in sejak semalam

Pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Beli-belah Tropicana Gardens di sini dibuka untuk vaksinasi “walk-in” sejak semalam, tetapi masih lengang.

Keadaan itu mendorong sukarelawan di PPV itu, Raja Nurfatin Amylia membuat gesaan melalui media sosial kepada individu yang belum divaksin ke pusat beli-belah itu untuk mendapatkan suntikan mereka di bawah program Selvax kerajaan Selangor.

Katanya, mereka menjangkakan pemberian vaksin kepada 2,000 orang hari ini, tetapi hanya sekitar 200 orang yang hadir menjelang 1 tengah hari tadi.

Beliau berkata, mereka menjangkakan lebih 4,000 orang datang mendapatkan vaksin semalam, tetapi hanya sedikit yang berbuat demikian.

“Sesiapa yang mahu ‘walk in’ dapatkan vaksin, tolong datang. Mari bantu satu sama lain untuk capai imuniti kelompok,” katanya di Twitter hari ini.

FMT cuba menghubungi EXCO Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud untuk mengulas.

Vaksinasi secara “walk-in” di bawah Selvax kebanyakannya dibuka kepada warganegara berusia 18 tahun dan ke atas yang tinggal di Kuala Lumpur atau Selangor dan belum mendapat janji temu dalam aplikasi MySejahtera.

Program itu bermula semalam sehingga 13 Ogos ini. Mereka yang mahu divaksin di bawah Selvax boleh memuat turun aplikasi Selangkah.

PPV Selvax lain yang membenarkan vaksinasi “walk-in” untuk warganegara sehingga 13 Ogos ini terletak di Pusat Beli-belah Evo, Hotel De Palma dan Aurora Place.

PPV Kompleks Sukan PKNS dibuka kepada warganegara sehingga 9 Ogos ini, manakala warga asing dibenarkan mendapat vaksin melalui program itu mulai 10 hingga 13 Ogos ini.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo