NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM 9 : Shafie kecewa gagal dapat sokongan

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden Warisan

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal gagal dalam usahanya untuk menjadi calon Perdana Menteri mewakili blok pembangkang.

Menurut pemimpin WARISAN, Ahli Parlimen Semporna itu menyatakan beliau kecewa tidak dapat menarik sokongan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menamakannya sebagai calon Perdana Menteri.

Berikutan itu, difahamkan Mohd Shafie bersama tujuh lagi Ahli Parlimen WARISAN mengambil pendirian menyokong Presiden PKR sebagai calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH).

Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman dalam Twitternya mengesahkan Ahli Parlimen parti itu sudah menandatangani SD menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

"Kami sudah mengotakan janji kami dan WARISAN sudah menandatangani SD menyokong DSAI (Anwar) bagi memastikan 105 Ahli Parlimen blok pembangkang kekal utuh. Sekarang terpulang kepada DSAI untuk melaksanakan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan yang juga Ketua Whip WARISAN, Datuk Rozman Isli, berkata semua Ahli Parlimen WARISAN menghantar sendiri akuan bersumpah (SD) masing-masing ke Istana Negara melalui emel atau aplikasi WhatsApp.

"Kami sudah menetapkan keputusan bersama calon PM yang disokong WARISAN, namun surat SD dihantar secara berasingan oleh setiap Ahli Parlimen," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Sabah, Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), dalam satu kenyataan secara simbolik menyatakan bahawa sokongan DAP Sabah hanya tertumpu kepada seorang calon Perdana Menteri yang dipersetujui PH sebelum ini.

Katanya, beliau dan seorang lagi Ahli Parlimen DAP Sabah, Noorita Sual (Tenom) sudah menghantar SD ke Istana Negara tengah hari tadi selaras tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen untuk memilih Perdana Menteri Kesembilan.

"Hanya ada satu calon PM (Perdana Menteri) bagi blok pembangkang. Parti Gabungan Sarawak (GPS) tidak mudah menyokong pencalonan Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri," katanya.

Sumber | BHarian


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo