Responsive Ad Slot

Pertanyaan untuk ahli dan penyokong UMNO

Sehingga pagi ini, tiada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan Ketua2 Bahagian yang mampu jawab persoalan2 ini. Harap Ahli2 UMNO Bahagian tanya mereka, apa jawapan mereka. Saya tahu mereka tak mampu jawab.

Mereka hanya buat kenyataan ikut skrip Jajaran Baru tanpa faham apa sebab mereka berbuat demikian.

Pertamanya, saya tidak bersetuju dgn cara berpolitiking merebut kuasa di saat kita perlu utamakan nyawa rakyat & atasi ancaman pandemik Covid19 ini terlebih dulu.

Keduanya, saya sukar memahami rasional meruntuhkan kerajaan pada saat mencabar ini sdgkan kita patut bersatu padu menandatangani masalah Covid19 yang belum ada kerajaan di negara lain yang mampu menanganinya dengan sempurna.

Ketiganya, saya sedang cuba memahami selepas menarik sokongan & jika kerajaan runtuh, UMNO ingin menjadi pembangkang, bebas atau membentuk kerajaan dengan siapa?

UMNO ada 38 kerusi. Jika nak kekal bebas & jadi pembangkang, mudah saja.

Tp jika nak bentuk kerajaan, nak bentuk dengan siapa?
Ada yg kata, YDPA boleh lantik siapa saja yg dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, tak kisah lah, nak bentuk kjaan betul ke kjaan interim ke apa ke.

Soalannya -

1. bagaimana nak tentukannya? Guna SD? Undi percaya?

2. siapakan pemimpin dari UMNO yg boleh dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen utk dinamakan sebagai calon PM?

3. UMNO ada 38 kerusi, jadi nak dapat sokongan siapa untuk cukupkan 112?

UMNO ada maksimum 38 kerusi, jika nak bentuk kerajaan, nak bentuk dengan siapa?

Jajaran Baru? Kalau dalam kes Perak, akhirnya kena pujuk Ppbm dan Pas semula.

Jangan lupa keputusan PAU - No Anwar, No Dap dan No Ppbm -> nak bentuk kerajaan dengan siapa? Pas, Pan, Warisan, GPS?

Ada yg jawab, YDPA boleh lantik PM interim utk selesaikan masalah Covid19 saja. Soalan:

1. guna peruntukan mana dlm Perlembagaan?

2. apa bentuk pentadbirannya? buka Parlimen tak?

3. klu tak buka Parlimen & bertindak mcm Mageran, maksudnya adakah nak wujudkan Darurat semula?

Tiba2 geng Jajaran Baru kata, kami tarik sokongan je, tak de cakap apa2 pun pasal nak bentuk kerajaan..

Hmm.. habis tu tarik sokongan untuk apa?

1. nak buat PRU15 time2 Covid19 ni?

2. nak jd bebas & jd pembangkang?

3. nak negara ditadbir secara Mageran & kembalikan darurat?

Tidakkah kita rasa begitu banyak masa dibazirkan hanya untuk memuaskan kehendak dan nafsu serakah pemimpin2 politik?

Pemerhati Politik Tanpa Nama

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo