NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perobohan surau di LTSIP ikut prosedur ditetapkan

FOTO tular menunjukkan kerja perobohan surau berkenaan. FOTO Ihsan Pembaca

Kota Bharu: Perobohan surau di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, di sini, adalah mengikut prosedur dan peraturan yang sudah ditetapkan kerana ia bakal dibina baharu dengan keadaan lebih kondusif sejajar dengan pelan menaik taraf kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Ahmad Fathan Mahmood berkata, malah, kontraktor yang bertanggungjawab untuk projek menaik taraf surau itu sudah sedia maklum mengenai cara kerjanya selain yakin ia turut mendapat panduan daripada pihak mufti.

Katanya, isu video viral yang menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen di Facebook berkaitan perobohan surau tidak sepatutnya timbul kerana tempat beribadah berkenaan dalam proses untuk dinaik taraf kepada yang lebih baik.

"Saya difahamkan bahawa yang dirobohkan adalah komponen batu dan juga bahagian yang sudah tidak elok untuk disimpan. Kayu atau papan ukiran yang masih dalam keadaan baik diagihkan di beberapa surau sekitar Kota Bharu.

"Selain itu, kontraktor juga ditugaskan secara berjadual dan saya dimaklumkan individu yang bertanggungjawab untuk projek di bahagian surau sebelum ini, meninggal dunia, justeru diganti dengan kontraktor baru yang perlu mengejar masa bagi memastikan pelan pembinaan mengikut seperti apa yang dirancang.

"Tambahan pula, surau yang lama agak tidak terjaga sebelum ini, jadi kita menyambut baik pembinaan yang baharu untuk keselesaan orang ramai menunaikan solat," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, tular di laman Facebook video berdurasi satu minit 19 saat, menunjukkan sebuah jentolak yang sedang merobohkan binaan surau berkenaan dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Ahmad Fathan bagaimana pun menasihati masyarakat supaya tidak mudah memberi komen negatif jika maklumat yang diterima tidak lengkap kerana ia juga boleh mendatangkan fitnah.

Sumber | HMetro

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo