NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lajim Ukin meninggal dunia akibat Covid-19


Bekas timbalan menteri Lajim Ukin meninggal dunia hari ini selepas dijangkiti wabak Covid-19.

Perkara itu disahkan Amanah Ikhtiar Malaysia di Facebook pagi ini. Allahyarham adalah pengerusi eksekutif badan itu.

"Seluruh warga kerja dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada seluruh ahli keluarga Pengerusi Eksekutif AIM, Haji Lajim Haji Ukin yang telah pulang ke rahmatullah.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa," menurut hantaran Facebook itu.

Menurut laporan Sinar Harian, isterinya Normilah Siong mengesahkan Lajim meninggal dunia pada pukul 6.23 pagi ini.

Lima hari lalu, Lajim yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dirawat di sebuah hospital di Kota Kinabalu dilaporkan akan mula ditidurkan untuk rawatan susulan akibat Covid-19.

Allahyarham dirawat di hospital itu sejak 13 Ogos lalu.

Lajim merupakan ahli parlimen Beaufort bagi penggal 2008-2013. Dia menjadi timbalan menteri pengangkutan pada 2008 hingga 2009 dan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada 2009 hingga 2012.

Allahyarham juga menjadi adun Klias selama enam penggal, setelah menang pada 1986 ketika bersama Parti Bersatu Sabah. Dia kemudian menyertai Umno pada 1994, dan kemudian menyertai PKR dan menjadi ketua pembangkang di DUN pada 2013-2016.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo