NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penjawat awam antara 15 dicekup, terlibat parti liar, dadah

Mohamad Zainal Abdullah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi

PETALING JAYA: Polis menahan 15 individu selepas disyaki terbabit dalam parti liar di sebuah kediaman di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur, hari ini.

Semua suspek berusia 17 hingga 45 tahun termasuk seorang penjawat awam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, berkata serbuan pada 1 pagi itu menahan 15 individu terdiri daripada sembilan wanita dan enam lelaki.

Katanya, pemeriksaan menemui kesan penggunaan dadah selain pembesar suara dan lampu disko.

“Mereka turut melakukan kesalahan mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana melakukan aktiviti sosial.

“Semua tangkapan warga tempatan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021,” katanya dalam kenyataan.

Zainal berkata, 11 orang didapati positif dadah iaitu tiga lelaki dan lapan wanita.

- FMT



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo