NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RM114 juta sudah dikembalikan kepada UMNO melalui Najib Razak ?


Wang tunai sebanyak RM114 juta yang dirampas kerajaan di premis kediaman mewah Pavillion Residence di Kuala Lumpur pada 2018 sudah diserahkan semula kepada bekas perdana menteri Najib Razak, MalaysiaNow difahamkan.

Difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulangkan semula wang tersebut pada 17 jun lalu, selepas sebulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggugurkan permohonan pelucuthakan wang tunai sebanyak RM114 juta oleh kerajaan yang didakwa disalahgunakan daripada dana 1MDB. - Malaysianow

Najib berkata beliau menyimpan wang tunai RM114 juta tersebut untuk Umno.

Bagaimanapun, menurut sumber, beberapa rampasan melibatkan wang tunai, dan ribuan barang kemas, termasuk jam tangan, beg tangan dan cermin mata difahamkan masih berada dalam prosiding pelucuthakan di mahkamah.

Pada Mei lalu, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang dirampas dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu diperoleh daripada 1MDB.

Antara lain, pendakwaan mendakwa wang tunai RM 114 juta tersebut adalah sebahagian daripada AS$971 juta (sekitar RM2.9 bilion) yang dikatakan diterima Najib dari 1MDB antara 2011 hingga 2013.

Susulan keputusan mahkamah itu, pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk memutuskan kepada siapa wang tunai tersebut perlu dipulangkan.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun ia adalah terpulang kepada kliennya untuk membahagikan wang tersebut antara dia dan Umno.

Sumber dalaman Umno memberitahu MalaysiaNow Najib mungkin sudah memulangkan semula wang tersebut kepada parti, namun tidak dapat mengesahkannya.

Wang tersebut dipulangkan kepada Najib hanya beberapa hari sebelum beliau gagal dalam percubaan untuk menangguhkan penyelesaian RM1.69 bilion tunggakan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kes tersebut akan didengar di Mahkamah Rayuan bulan ini.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo