Responsive Ad Slot

Pembangkang gila kuasa undang resah pada rakyat



2 OGOS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah tumbang apabila bebeberapa ahli Parlimen PN telah menyatakan untuk keluar dan menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Beliau mendakwa, dengan jumlah 107 ahli Parlimen pembangkang ditambah ahli Parlimen lain, kerajaan sekarang sudah tumbang.

Kenyataannya turut disokong ahli-ahli Parlimen daripada Parti Warisan, MUDA, Parti Sarawak Bersatu, USKO dan Pejuang yang membuat kenyataan media pada hari ini.

Justeru, mereka mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin dan seluruh anggota Kabinet di bawah pimpinan beliau meletakkan jawatan secara terhormat dan serta-merta.

Pembangkang hari ini berkumpul dan berdemonstrasi di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur sehingga disuraikan oleh pasukan keselamatan.

Alasan mereka adalah tindakan Kerajaan Perikatan Nasional yang secara jelas ingkar dan tidak patuh kepada titah Baginda Tuanku sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada 29 Julai lalu.

Penzahiran rasa dukacita Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Tan Sri Idrus Harun yang telah gagal dalam menjalankan titah perintah dan perkenan baginda supaya cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang, dibahas dan seterusnya diungkaikan di Parlimen.

Pada 26 Julai lalu, Takiyuddin menjelaskan kerajaan Persekutuan telah membatalkan semua peraturan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu namun kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang disifatkan tidak melalui proses sewajarnya selain ‘membelakangkan’ Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, kesemua alasan yang diberikan pembangkang telah dijawab Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengesahkan bahawa lebih 110 Ahli Parlimen masih bersama dan memberikan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bahkan, pada Khamis lalu seramai 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong kerajaan PN pimpinan Muhyiddin adalah sah.

Beliau yang juga merupakan Ketua Whip Kerajaan menyatakan situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.

Justeru, beliau berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.

Bagaimanapun, masalah pandemik COVID-19 yang masih tinggi pada hari ini seperti dipandang sebelah mata oleh pihak pembangkang apabila sanggup berkumpul dan berdemonstrasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

Pembangkang kelihatan tidak sabar untuk kembali menjadi kerajaan dan menjawat jawatan perdana menteri sedangkan rakyat gelisah dengan wabak COVID-19.

Tindakan demonstrasi itu dibuat setelah Sidang Khas Parlimen, Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Penangguhan itu dibuat selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19.

Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan wabak.

Perbuatan pembangkang ini mengundang resah pada masyarakat apabila para pemimpin sendiri tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar tidak berkumpul beramai-ramai dan menjaga penjarakan sosial.

Rakyat yang taat dengan tinggal di rumah, tidak merentas daerah dan negeri malah ramai yang kehilangan pendapatan akibat perniagaan ditutup, dibuang kerja berpendapatan perbuatan tersebut amat mengecewakan.

http://www.pnbbcportal.com/2021/08/02/pembangkang-gila-kuasa-undang-resah-pada-rakyat/


............oo000oo...........
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo