NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS mahu satukan umat Islam, kukuhkan perpaduan kaum



11 OGOS: Dalam menghadapi cabaran memerintah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan kepercayaan, PAS menggunakan acuan yang dirintis Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa hijrah ke Madinah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, peristiwa tersebut merupakan iktibar serta tauladan yang baik bagi menyatukan umat Islam dan golongan bukan Islam yang tidak keras menentang Islam.

“Asas yang diberikan dalam hijrah menjadi iktibar kepada kita, oleh itu PAS mengambil langkah cuba menyatukan orang Islam melalui tiga parti utama orang Islam, PAS, UMNO dan Bersatu.

“Kita mesti menyatukan orang Islam agar tidak berpecah melalui Muafakat Nasional, kedua kena ajak orang bukan Islam melalui Perikatan Nasional untuk mengabungkan parti-parti bukan Islam tidak ekstrem,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Perdana Hijratul Rasul anjuran PAS Kelantan yang disiarkan secara langsung atas talian melalui Kelantan TV, malam tadi.

Dalam pada itu Abdul Hadi memaklumkan, PAS menolak parti yang keras menolak pendekatan Islam yang dibawa oleh parti itu, bahkan tindakan terbabit sudah berlaku pada zaman Nabi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, negara Islam Madinah turut berhadapan dengan golongan munafik yang sentiasa bersama, mendengar kuliah dan khutbah baginda Rasulullah.

“Kita tolak mereka yang tidak menerima pendekatan yang kita bawa, pada zaman Nabi pun ada juga, bila tegak kerajaan Madinah, munafik duduk bersama Nabi dan orang Islam yang lemah kepercayaan terhadap agama sendiri.

“Mereka terpengaruh dengan orang munafik yang meragui dan tidak percaya Islam boleh memerintah dan mentadbir. Ini kita biarkan, kedua bukan Islam yang keras menentang PAS, ini semua merupakan cabaran kita sekarang,” katanya.

Walau apa pun yang berlaku jelas beliau, acuan yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrah perlu menjadi panduan serta iktibar setiap ahli bagi menghadapi cabaran dan kecamuk situasi politik hari ini.

“Sambutan Hijratul Rasul yang disambut setiap tahun menjadi agenda utama PAS yang kini mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah bersama rakan politik di negeri dan pusat.

“Acuan perpaduan ummah menyatukan orang Islam dan menyatukan masyarakat pelbagai kaum. Ini pendirian kita dan kita tegas dalam isu ini,” katanya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo