NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nota ringkas tentang populisme



Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

Populisme adalah satu fahaman yang melonggarkan pemikiran daripada sebarang ikatan ideologi. Fahaman ini sedang subur diterap dalam suasana demokrasi hari ini. Kemunculan ini boleh dilihat melalui gambaran Deniell Bell pada 1960 yang menggambarkan bahawa masa depan politik dunia semakin kompleks, dan akhirnya ideologi yang didokongi itu menjadi sebagai satu bebanan

Lalu pada 1969, Ghita Ionescu dan Ernest Gellner menggambarkan bahawa dunia sedang terarah kepada Populisme. Pada 2016, Werner Muller turut menghuraikan ideologi ini secara realiti, apatah lagi Amerika ketika itu dimenangi oleh watak politikus populis, Donald Trump. Dr Moffitt pula menyatakan bahawa pimpinan populisme biasanya berkelakuan buruk.

Secara umumnya, ia adalah kesan daripada kehanyutan dalam politik demokrasi. Iaitu melahirkan politikus yang tidak berpaksikan kepada satu ideologi yang solid, akan tetapi berlakon-lakon semata-mata untuk mengikut kehendak majoriti masyarakat, sekalipun melanggar ideologi pegangannya.

Politikus yang membawa penyakit populisme lebih tertumpu kepada gimik dan berjanji luar daripada kemampuan kerana hanya inginkan sokongan, bukannya untuk laksanakan janjinya itu. Mereka gemar memainkan sentimen, atau emosi masyarakat agar ia dijadikan kayu ukur kebenaran. Kesannya, masyarakat akan hilang daya rasional, teralih ke arah emosi dalam bertindak.

Wabak populisme ini juga tersebar dalam dunia Islam. Gerakan gerakan Islam yang terlibat dalam dunia demokrasi, sangat terdedah dengan penyakit ini. Penggerak gerakan Islam yang populisme terbiasa dengan menipu, membawa kepalsuan, memanipulasi harapan masyarakat dan sebagainya.

Akibatnya, sikap pragmatik mula menjadi subur, dan menjadi normal. Pragmatik boleh difahami dengan ‘makan keliling’ dalam keadaan berubah-ubah watak. Kesannya Gerakan Islam itu dilihat tidak bermoral, tidak konsisten dan hanya mengutamakan gimik. Akhirnya ia mengikis kepercayaan masyarakat terhadap usaha menegakkan Islam.

https://www.facebook.com/253591356376900/posts/320765606326141



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo