NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Johor tunggu arah PAS Pusat

Ketua Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad (kiri) dan Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin (kanan) bercakap kepada media selepas Mesyuarat Muafakat Nasional peringkat negeri Johor, 26 Ogos 2020

JOHOR BAHRU - Pas Johor akan memutuskan pendirian termasuk kedudukan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor dalam masa dua atau tiga hari lagi selepas mendapat arahan Pas Pusat.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya kini hanya menunggu perbincangan dan keputusan Pas Pusat untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini keadaan tenang dan terkawal. Pas Johor masih sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana masih mendapat majoriti sokongan.

"Pas Johor juga setakat ini tiada apa-apa perbincangan terkini mengenai kerjasama Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.


Sumber : sinarharian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo