NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

OLIMPIK: Jacobs raja pecut baharu ganti Bolt




TOKYO: Pelari pecut Itali, Lamont Marcell Jacobs meraih pingat emas Olimpik acara 100 meter (m) lelaki di sini, sebentar tadi, sekali gus menamatkan penguasaan selama 13 tahun bintang Jamaica, Usain Bolt.

Jacobs, 26, memecahkan rekod Eropah dengan catatan 9.80 saat manakala pelari Amerika Syarikat (AS), Fred Kerley meraih perak dengan kepantasan 9.84 saat dalam salah satu perlumbaan 100m utama yang paling tidak dijangka.

Atlet Kanada, Andre de Grasse, yang juga pemenang pingat gangsa pada temasya Rio 2016, mengulangi pencapaiannya dengan catatan 9.89 saat.

- AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo