NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Misteri pendakwah terkenal terjawab setelah Ebit Lew tampil sebagai saksi kes gangguan seksual

Ebit Lew (berkopiah) keluar dari Ibu Pejabat Bukit Aman selepas memberi keterangan berkaitan gangguan seksual hari ini. Foto
Misteri pendakwah terkenal yang menjadi bualan netizen sejak malam tadi akhirnya terjawab selepas Ustaz Ebit Lew dilihat menghadirkan diri ke ibu pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi.

Ebit Lew hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sambil ditemani peguam, Hasnal Rezua Merican. - Foto : UTUSAN

Pendakwah tersebut telah hadir setelah dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi berkenaan dakwaan jenayah gangguan seksual.


Menerusi keterangan yang telah diberikan selama sejam itu, Ebit Lew memaklumkan bahawa dia menyerahkan siasatan ini kepada pihak polis mengenai tuduhan melampau yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Saya bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis terhadap fitnah dan tuduhan melampau ini,”

 

Sebelum ini, sebuah video lucah mirip seorang pendakwah terkenal telah tular di sosial media.


Video serta tangkap layar yang dikongsikan menjadi buah mulut netizen yang rata-rata mempersoalkan kesahihan sumber rakaman tersebut.

Sumber | Ohmymedia

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo